Halaman

Ahad, 18 Oktober 2015

Waktu Sesuai Menempah Kad Undangan Perkahwinan




Sumber foto: Google
Ramai pasangan bakal pengantin yang masih tertanya-tanya bilakah waktu yang paling sesuai untuk mereka menempah kad perkahwinan. Sebenarnya anda digalakkan menempah kira-kira 2 bulan atau 3 bulan lebih awal sebelum tarikh majlis berlangsung.

Kenapa?

Ini kerana menempah di saat-saat akhir mungkin akan menyebabkan tempahan anda ditolak. Perkara ini sering berlaku jika anda memilih tarikh majlis pada musim cuti persekolahan. Waktu cuti memang ramai pasangan yang akan datang menempah terlebih awal. Ini bagi mengelakkan kelewatan dan agar kad undangan dapat diedarkan dengan sempurna.


Menempah di saat akhir juga bukan sahaja akan menyebabkan anda lewat mendapat kad kahwin yang ditempah tetapi juga kesuntukan masa untuk mengedarkan kad undangan ini. Kesilapan tulisan dan ayat juga mungkin berlaku pada kad kahwin jika kelam kabut menyemak draf kad yang telah dibuat. Segalanya akan jadi serba tak kena.


Menempah kad undangan terlalu awal juga kadang-kadang mendatangkan masalah juga kerana kemungkinan anda bertukar tarikh dan tempat yang kami tidak ketahui, sama ada anda lupa beritahu kami dan sebagainya.


Jadi, buatlah perancangan rapi sebelum anda mengambil kata putus menjemput sanak-saudara, rakan dan sahabat ke majlis gemilang anda nanti.


TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada anda! Semoga berpanjangan hingga ke syurga.